Visi Sekolah
SMK(P)BK terus cemerlang & berkualiti menjelang 2010.
Misi Sekolah
Memperkasa budaya sekolah cemerlang & meneruskan suasana yang kondusif kea rah melahirkan insane yang berilmu, berkualiti serta berhemah tinggi melalui strategi yang berkesan.
Matlamat sekolah
- Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
- Memperkembang prestasi pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
- Mengekalkan disiplin dan moral yang baik.
- Meneruskan suasana persekitaran yang bersih, nyaman, dan selesa.
- Melahirkan warga sekolah yang pintar dalam ICT
- Menjadikan sekolah kebanggaan masyarakat.
Objektif Sekolah
1. Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran & pembelajaran menjadi lebih kondusif.
3. Melaksanakan strategi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik.
4. Melahirkan generasi yang berpotensi sebagai pelapis tonggak Negara.
5. Memantapkan satu sistem pentadbiran yang moden, cekap dan berkualiti.
6. memeperkembang keprofessionalisme guru-guru supaya menjadi pendidik yang berkualiti.
7. Menjaga kesejahteraan kakitangan, murid, ibu bapa & pelanggan.
8. Menyediakan sumber tenaga manusai yang sesuai untuk keperluan Negara.
9. Memperbanyak peralatan ICT & mempertingkat pengunaannya.
Falsafah Sekolah
“Mendidik serta menerap nilai kebudayaan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan unutk mewujudkan reka bentuk warganegara yang berdisiplin, berpendidikan, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi unutk mencapai serta memenuhi aspirasi Negara selaras dengan kehendak Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Memenuhi tanggungjawab Negara untuk mendidik pelajar-pelajar peringkat menengah berdasarkan ‘Keadilan Pendidikan’ bagi memastikan bahawa setiap individu akan menginsafi betapa pentingnya tanggungjawab sendiri dan masyarakat serta membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Membuka peluang kepada semua pelajar berbilang kaum di peringkat menengah menerima pendidikan & pelajaran serta menggunakan semua kemudahan yang ada di samping memberi bimbangan ikhlas supaya mereka sentiasa bersedia untuk berdikari dan mempertingkatkan prestasi pelajaran dari semasa ke semasa. Menanamkan nilai kepimpinan melalui teladan serta membina sahsiah yang tinggi & melatih ereka ke arah akhlak moral & memiliki nilai-nilai budaya Negara serta cita-cita unggul masyarakat Malaysia dengan memberi penekanan kepada soal-soal perpaduan Negara unutk mencapai prestasi akademik yang tinggi & bersedia untuk kuat bekerja bagi menghadapi masa depan yang cemerlang.
Lencana Sekolah SMK(P) Bukit Kuda
Direka oleh Pn. Asra bt Samsuddin pada tahun 1971,seorang guru di sekolah ini.Maksud lambang di dalam lencana ialah seperti berikut:
a) Tiga jalur merah, putih dan biru melambangkan tiga bangsa utama. Warna merah membawa makna ketekunan, biru membawa erti persahabatan dan kasih sayang
b) Lambang pelita bermaksud cahaya ilmu pengetahuan
c) Garisan condong ke atas bermaksud kemajuan yang meningkat dan ianya diambil dari nama kawasan sekolah ini iaitu Bukit Kuda.
d) Cogan kata BELAJAR DAN BERBAKTI
Lagu Sekolah SMK(P) Bukit Kuda
Sekolah Menengah PerempuanBukit Kuda Daerah Klang
Berbagai kaum di dalamnya
Belajar, Berbakti harapan kami semua.
Belajar kami tiada leka
Berusaha biar sampai jaya
Berbakti kepada negara
Itulah sumpah kami semua.
Guru-guru juga kami taati
Rukun Negara pegangan kami
Adat susila kami patuhi
Agar menjadi rakyat sejati
Lagu Ciptaan: Puan Irene Lim
Lirik Ciptaan: Puan Sharifah Norlia bt Syed Hussin,Puan Jariah bt Napiah
0 comments:
Post a Comment