Wednesday, April 29, 2009

Sejarah Sekolah

. Wednesday, April 29, 2009


Nama sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda (SMKPBK), Klang pada asalnya ialah Sekolah Menengah Kebangasaan Perempuan (Inggeris) Bukit Kuda. Ia ditubuhkan pada 8 januari 1968. Pada waktu itu, SMKPBK menumpang bangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda selama lima bulan. Pada bulan Jun 1968, sekolah ini memiliki bangunan sendiri & diberi nama Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Bukit Kuda.


Keluasan & Bangunan Sekolah

Keluasan sekolah ini kira-kira 5.95. Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai 4 buah bangunan iaitu blok A,B,C, dan D. Bilangan bangunan bertambah dengan pembinaan blok F (1981) dan blok E (1983) Manakala dua bangunan baru didirikan iaitu blok H (1991) dan Blok I (1999) berikutan penambahan bilangan pelajar di sekolah sini.

Warga Pendidik & Pelajar

Pada awal penubuhan sekolah ini,jumlah pelajarnya adalah 232 orang menjelang tahun 1990-an, bilangan ini pernah mencecah seramai 2000 orang pelajar. Kini, bilangan warga warga pelajar SMK(P) Bukit kuda adalah seramai 1526 orang. Dari segi jumlah tenaga pengajar juga mengalami perubahan yang amat ketara. Peningkatan ini daripada 9 orang tenaga pangajar pada awal penubuhan sehingga 94 orang pada tahun 2008. manakala staf sokongan sekolah terdiri daripada 15 orang.





0 comments:

Post a Comment

 

lagu sekolah