Chat box
Kementerian
Laman informasi
Laman Pentadbir
Wednesday, April 29, 2009
Pencapaian Puteri-puteri Kristal
Pertandingan Kebersihan
· Johan Kebersihan Kantin – 1984, 1985, 1986, 1987, 1989, 1990, 1991, 1992
· Johan Kebersihan Kawasan – 1987
· Johan pertandingan Peningkatan Keselamatan & Keindahan Alam Sekitar (3K) peringkat Negeri Selangor. – 1999
· Johan Kategori Kawasan.
· Tempat Ketiga Kategori Bangunan
· Tempat Keempat secara keseluruhan.
Kegemilangan Akademik
· Tempat Ketiga Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Peringkat Kebangsaan.- 1999
· Gelaran “Sekolah Harapan Negara” peringkat Negeri Selangor. – 2001.
Kegemilangan KOKO.
· Psukan Kadet Remaja Sekolah sebagai pasukan Terbaik – 2004
· Johan peringkat Daerah & negeri serta Naib Johan Peringkat Kebangasaan dalam pertandingan Kawad Kaki – 2002
· Johan Kawad kaki peringkat Negeri – 2003, 2004
· Johan daerah (Bawah 15 tahun) – 2001, 2002, 2003
· Tempat Kelima Pelajar SPM Terbaik Peringkat Kebangsaan.
Pencapaian 2008
- Pertandingan Kaligragfi Cina anjuran persatuan Hai Nan Klang- Tahap Kecemerlangan
- Tahap Kepujian Pertanding Kaligrafi Bahasa Cina 2008 antara sekolah-sekolah Menengah Daerah Klang anjuran J/K Kokurikulum Bahasa Cina Daerah klang
- Johan Pertandingan Pelukis Poster Karnival Seni Pendidikan Pencegahan dadah di SMK La Salle Klang
- Johan Pertandingan Melukis poster Karnival Seni Pendidikan Pencegah dadah di SMK Kuala Kubu Bharu Hulu Selangor
- Johan Pertandingan Melukis poster Karnival Seni Pendidikan Pencegah dadah di SMK Klang Utama
- Johan Pertandingan Melukis poster Peringkat Negeri Selangor Karnival Pendidikan kaunselling Kerjaya di SMK Dato Hamzah.
- Tahap Kecemerlang Pertandingan Melukis anjuran Persatuan Teo Chew & pantai Klang.
- Tahap Kecemerlangan Pertandingan Kaligrafi anjuran Persatuan Teo Chew & pantai Klang.
- Tahap Baik Pertandingan Melukis dengan meggunakan dakwat anjuran Persatuan Teo Chew & pantai Klang.
Pelan dan Lokasi Sekolah
Read More »»
Profil Sekolah
Visi Sekolah
SMK(P)BK terus cemerlang & berkualiti menjelang 2010.
Misi Sekolah
Memperkasa budaya sekolah cemerlang & meneruskan suasana yang kondusif kea rah melahirkan insane yang berilmu, berkualiti serta berhemah tinggi melalui strategi yang berkesan.
Matlamat sekolah
- Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar.
- Memperkembang prestasi pelajar dalam kegiatan kokurikulum.
- Mengekalkan disiplin dan moral yang baik.
- Meneruskan suasana persekitaran yang bersih, nyaman, dan selesa.
- Melahirkan warga sekolah yang pintar dalam ICT
- Menjadikan sekolah kebanggaan masyarakat.
Objektif Sekolah
1. Melaksanakan Dasar Pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2. Menyediakan prasarana pendidikan yang cukup supaya suasana pengajaran & pembelajaran menjadi lebih kondusif.
3. Melaksanakan strategi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi akademik.
4. Melahirkan generasi yang berpotensi sebagai pelapis tonggak Negara.
5. Memantapkan satu sistem pentadbiran yang moden, cekap dan berkualiti.
6. memeperkembang keprofessionalisme guru-guru supaya menjadi pendidik yang berkualiti.
7. Menjaga kesejahteraan kakitangan, murid, ibu bapa & pelanggan.
8. Menyediakan sumber tenaga manusai yang sesuai untuk keperluan Negara.
9. Memperbanyak peralatan ICT & mempertingkat pengunaannya.
Falsafah Sekolah
“Mendidik serta menerap nilai kebudayaan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan unutk mewujudkan reka bentuk warganegara yang berdisiplin, berpendidikan, bertanggungjawab dan bermaruah tinggi unutk mencapai serta memenuhi aspirasi Negara selaras dengan kehendak Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Memenuhi tanggungjawab Negara untuk mendidik pelajar-pelajar peringkat menengah berdasarkan ‘Keadilan Pendidikan’ bagi memastikan bahawa setiap individu akan menginsafi betapa pentingnya tanggungjawab sendiri dan masyarakat serta membuka peluang seluas-luasnya kepada mereka untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Membuka peluang kepada semua pelajar berbilang kaum di peringkat menengah menerima pendidikan & pelajaran serta menggunakan semua kemudahan yang ada di samping memberi bimbangan ikhlas supaya mereka sentiasa bersedia untuk berdikari dan mempertingkatkan prestasi pelajaran dari semasa ke semasa. Menanamkan nilai kepimpinan melalui teladan serta membina sahsiah yang tinggi & melatih ereka ke arah akhlak moral & memiliki nilai-nilai budaya Negara serta cita-cita unggul masyarakat Malaysia dengan memberi penekanan kepada soal-soal perpaduan Negara unutk mencapai prestasi akademik yang tinggi & bersedia untuk kuat bekerja bagi menghadapi masa depan yang cemerlang.
Lencana Sekolah SMK(P) Bukit Kuda
Direka oleh Pn. Asra bt Samsuddin pada tahun 1971,seorang guru di sekolah ini.Maksud lambang di dalam lencana ialah seperti berikut:
a) Tiga jalur merah, putih dan biru melambangkan tiga bangsa utama. Warna merah membawa makna ketekunan, biru membawa erti persahabatan dan kasih sayang
b) Lambang pelita bermaksud cahaya ilmu pengetahuan
c) Garisan condong ke atas bermaksud kemajuan yang meningkat dan ianya diambil dari nama kawasan sekolah ini iaitu Bukit Kuda.
d) Cogan kata BELAJAR DAN BERBAKTI
Lagu Sekolah SMK(P) Bukit Kuda
Sekolah Menengah PerempuanBukit Kuda Daerah Klang
Berbagai kaum di dalamnya
Belajar, Berbakti harapan kami semua.
Belajar kami tiada leka
Berusaha biar sampai jaya
Berbakti kepada negara
Itulah sumpah kami semua.
Guru-guru juga kami taati
Rukun Negara pegangan kami
Adat susila kami patuhi
Agar menjadi rakyat sejati
Lagu Ciptaan: Puan Irene Lim
Lirik Ciptaan: Puan Sharifah Norlia bt Syed Hussin,Puan Jariah bt Napiah
Read More »»
Sejarah Sekolah
Keluasan & Bangunan Sekolah
Keluasan sekolah ini kira-kira 5.95. Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai 4 buah bangunan iaitu blok A,B,C, dan D. Bilangan bangunan bertambah dengan pembinaan blok F (1981) dan blok E (1983) Manakala dua bangunan baru didirikan iaitu blok H (1991) dan Blok I (1999) berikutan penambahan bilangan pelajar di sekolah sini.
Warga Pendidik & Pelajar
Pada awal penubuhan sekolah ini,jumlah pelajarnya adalah 232 orang menjelang tahun 1990-an, bilangan ini pernah mencecah seramai 2000 orang pelajar. Kini, bilangan warga warga pelajar SMK(P) Bukit kuda adalah seramai 1526 orang. Dari segi jumlah tenaga pengajar juga mengalami perubahan yang amat ketara. Peningkatan ini daripada 9 orang tenaga pangajar pada awal penubuhan sehingga 94 orang pada tahun 2008. manakala staf sokongan sekolah terdiri daripada 15 orang.
Read More »»
SMK(P) Bukit Kuda
- SMK(P) Bukit Kuda
- SMK(P) Bukit Kuda
Jalan Perak,
41300 Klang,
S.D.E
Tel: 03-33424810
Fax: 03-33432282
E-mail: smkpbk@hotmail.com